Thursday, July 7, 2011

JANGAN nafikan hak PKNS dan Sarawak!

Ada Pulak!!! Kesian lah Pulak!!! Bila baca petikan akhbar ni :-

PKNS, Sarawak tetap layak ke Liga Super

2011/07/07 - JANGAN nafikan hak PKNS dan Sarawak! Itu pendapat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang mengakui juara dan naib juara Liga Perdana itu perlu diberi hak beraksi dalam Liga Super musim depan tanpa perlu mengharungi perlawanan play-off.

“Saya berpendapat kita perlu mengekalkan format musim ini musim depan. Kita sudah membuat keputusan dua pasukan tempat teratas Liga Perdana musim ini secara automatik layak ke Liga Super. Jadi, mengapa perlu mengubah keputusan itu. “Sepatutnya, keputusan penting ini perlu dibuat sekurang-kurangnya satu musim lebih awal bagi membolehkan pasukan bertanding memahaminya, sekali gus tidak menimbulkan kemarahan pasukan yang sudah bertungkus lumus mengesahkan tempat,” katanya di Kota Kinabalu, semalam.

Sebelum ini, juara Liga Perdana PKNS dan naib juara Sarawak meluahkan kebimbangan berikutan cadangan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM yang mahu mengurangkan pasukan dalam Liga Super daripada 14 kepada 12 pasukan musim depan.

Perkembangan itu menimbulkan tanda tanya mengenai jumlah pasukan yang bakal disisihkan ke Liga Perdana termasuk dua tiket untuk ke Liga Super yang kebiasaannya menjadi milik juara dan naib juara Liga Perdana.

Annuar yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn Bhd (MSL) berkata, keputusan akhir mengenainya akan dibincangkan pada mesyuarat Exco FAM akan datang.

“Saya tidak pasti bila mesyuarat Exco diadakan, tetapi bagi saya kita jangan sesekali menafikan hak PKNS dan Sarawak,” katanya.



P/S : Teringat zaman Negeri Sembilan layak ke Perlawanan Akhir Piala Sumbangsih tapi tiba-tiba keputusan diubah...


Ish! Ish! Ish!!!! Ada Pulak!!!


Wednesday, May 25, 2011

Ada Pulak!!! FAM ni!!!!

Ni ada cerita terbaru pasal arena bolasepak lagi. Ada Pulak!!! Ish! Ish! Ish! Apa???!!! Ye lah... Ada pulak FAM suka ubah format sesuka hati. Begini ceritanya. Ada Pulak!!! ada baca keluhan, amarah dan pelbagai lagi perasaan peminat-peminat bolasepak Malaysia ni. Bila Ada Pulak!!! tahu kisahnya... Ada Pulak!!! pun geleng kepala. Ha? Apa ceritanya? Rasa korang pun dah tahu. Takpelah Ada Pulak!!! ulang maklum ek. Begini cerita nya :-

"Ingatkan apabila en. FAM ubah format liga super musim depan dari 14 pasukan ke 12 pasukan bermakna 4 pasukan dari liga super turun ke liga premier...ghupe-ghupenye 2 pasuka je turun....yg layak utk ke liga super dari liga premier kekal di liga premier je utk musim depan....kesian nasib PKNNS dgn Serawak...ish..ish ish...en. FAM ni...!!!!!" petikan dari laman sosial.

Haaa.... ramai yang tidak berpuashati sehingga meninggalkan komen yang negatif terutama ditujukan kepada Setiausaha dan Pengerusi FAM.

Ni Ada Pulak!!! nak bagitahu kalau korang ingatlah, dulu diaorang ni pun main suka ubah format Negeri Sembilan tidak dapat lawan Piala Sumbangsih. Dimasukkannya Selangor. Ha, Ingat tak? Sekarang, dibuatnya format begini supaya Pahang tidak tersingkir dari Liga Super untuk dimasukkan ke Liga Perdana. So, bila format diubah, Pahang tetap kekal di Liga Super.

Ada Pulak!!! bukan nak hentam ye... Kalau Ada Pulak!!! peminat Pahang, tentu Ada Pulak!!! rasa syukur format diubah, dan jika Ada Pulak!!! sebelah Selangor PKNS atau Sarawak dimana kedua-dua pasukan ni berusaha bermain bersungguh-sungguh untuk dapat masuk ke Liga Super, tentu Ada Pulak!!! turut merasa geram bila format diubah secara tiba-tiba.

Aapapun majulah Bolasepak untuk Negara!!!

Hai.... Ada Pulak!!!






Wednesday, May 11, 2011

Gelagat Penyokong Kelantan

Ada Pulak!!! Cuba korang tengok video bawah ni...

NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN PAROI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
10 MEI 2011


Ada Pulak!!! Inilah gelagat salah seorang penyokong Kelantan sebaik sahaja selesai perlawanan Liga Super Negeri Sembilan vs Kelantan pada 10 Mei 2011 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban. Dia buat begitu tanda tak puas hati apabila pengadil perlawanan malam itu mengatakan jaringan Khalid Jamlus beberapa saat sebelum tamat 90 minit perlawanan tidak sah kerana outside.

Harus diingat... yang datang ke stadium bagi menonton perlawanan bolasepak tidak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak ke dewasa ke.... Jadi mengapalah buat tak senonoh lagu tu???

Ada Pulak!!!

Saturday, May 7, 2011

Mmmmm....Diana kembali ke pangkuan Farid

Diana Danielle & Farid Kamil Kembali Bercinta



Diana Danielle & Farid Kamil



Tak tahu nak bergembira atau bersedih tetapi itulah kenyataannya. Diana Danielle dengan riang gembiranya telah mengumumkan yang dia dan Farid Kamil kini kembali bercinta. Kalau tak silap, mereka berdua telah clash hujung tahun dulu.


Perolehi dari sumber yang boleh dipercayai...

Ada Pulak!!!

Wednesday, May 4, 2011

Rozita & My Couture


Rozita Che Wan Kini Sudah Ada Butik Sendiri – My Couture

Tak Caya??? Ada Pulak!!! Rozita Che Wan dah bergelar businesswoman dengan perasmian butiknya, My Couture. Baju dia semuanya cantik-cantik dan sopan. Tambah cantik bila Rozita sendiri menjadi modelnya. Rasanya pakaian yang dijual memang sangat sesuai dengan wanita Muslimah. Confirm anda akan jadi lebih sopan, ayu dan meletup macam Rozita Che Wan. 

Ada Pulak Tak Caya!!!

Tuesday, May 3, 2011

Zed Zaidi Kahwin

Ada Pulak!!! Zed Zaidi kata rasa pelik tidur dengan isteri...


Zed Zaidi dan isteri Nelly

Pelakon Zed Zaidi, 30, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu mengakui masih berasa kekok dengan status baru itu.

Jelas Zed, selepas tiga hari bergelar suami kepada Nelly Natalia Mustafa, ada beberapa perkara dalam kehidupan suami isteri yang sedang dipelajarinya.

“Ada banyak perkara baru dan pelik yang saya cuba membiasakan diri dan pelajari sebagai seorang suami.

“Kalau sebelum ini, saya sudah biasa tidur seorang dan hanya ada bantal peluk sebagai teman tidur. Kini, saya rasa pelik juga apabila tidur berdua tetapi saya berasa gembira dan bahagia.

“Selain itu, saya juga dapat melakukan solat berjemaah dan membuat kerja-kerja di rumah bersama seperti membantu isteri di dapur,” katanya dengan nada teruja.

Pun begitu, Zed menambah, keterujaan isterinya menyediakan pelbagai jenis masakan menyebabkan dia berasa runsing kerana bimbang berat badannya meningkat.

“Isteri saya pandai memasak pelbagai jenis makanan dan ia membuka selera makan. Namun, saya risau juga kalau berat badan akan meningkat.

“Maklumlah, saya ini artis dan tentulah nampak tidak elok di depan televisyen kalau berlaku perubahan fizikal yang mendadak.

“Jadi, saya sudah berbincang dengan isteri agar memasak makanan yang bersesuaian,” kata pelakon drama bersiri terbaru, Fatimah Juling ini.

Menjawab pertanyaan tentang perancangan bulan madu, Zed berkata: “Buat masa ini, memang belum ada perancangan untuk bulan madu. Minggu ini, saya sangat sibuk menguruskan persiapan akhir untuk majlis resepsi kami pada 7 Mei ini.

“Tengoklah nanti, apabila semuanya sudah selesai, baru kami akan fikirkan soal itu. Lagipun, saya ini jenis yang tidak suka merancang awal-awal, lebih seronok kalau terfikir di saat-saat akhir dan terus pergi saja.”

Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.

Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi kedua mereka akan berlangsung pada 7 Mei ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Pada majlis perkahwinan Jumaat lalu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.


Petikan dari sumber yang boleh dipercayai...


Ada Pulak!!!

Monday, May 2, 2011

Osama Pulak!!!

Ada Pulak!!! Bila berita Osama ditembak mati ada yang percaya ada yang tak. Sebenarnya mana satu yang betul ni??? Banyak pulak spekulasi yang timbul selepas beberapa gambar Osama disebarkan melalui laman maya. Kepada mereka yang menembak Osama tu cer criter sikit... Hik!!! Hik!!! Hik!!! Ada pulak yang kena seligi nanti....


Ada Pulak!!!