Wednesday, May 25, 2011

Ada Pulak!!! FAM ni!!!!

Ni ada cerita terbaru pasal arena bolasepak lagi. Ada Pulak!!! Ish! Ish! Ish! Apa???!!! Ye lah... Ada pulak FAM suka ubah format sesuka hati. Begini ceritanya. Ada Pulak!!! ada baca keluhan, amarah dan pelbagai lagi perasaan peminat-peminat bolasepak Malaysia ni. Bila Ada Pulak!!! tahu kisahnya... Ada Pulak!!! pun geleng kepala. Ha? Apa ceritanya? Rasa korang pun dah tahu. Takpelah Ada Pulak!!! ulang maklum ek. Begini cerita nya :-

"Ingatkan apabila en. FAM ubah format liga super musim depan dari 14 pasukan ke 12 pasukan bermakna 4 pasukan dari liga super turun ke liga premier...ghupe-ghupenye 2 pasuka je turun....yg layak utk ke liga super dari liga premier kekal di liga premier je utk musim depan....kesian nasib PKNNS dgn Serawak...ish..ish ish...en. FAM ni...!!!!!" petikan dari laman sosial.

Haaa.... ramai yang tidak berpuashati sehingga meninggalkan komen yang negatif terutama ditujukan kepada Setiausaha dan Pengerusi FAM.

Ni Ada Pulak!!! nak bagitahu kalau korang ingatlah, dulu diaorang ni pun main suka ubah format Negeri Sembilan tidak dapat lawan Piala Sumbangsih. Dimasukkannya Selangor. Ha, Ingat tak? Sekarang, dibuatnya format begini supaya Pahang tidak tersingkir dari Liga Super untuk dimasukkan ke Liga Perdana. So, bila format diubah, Pahang tetap kekal di Liga Super.

Ada Pulak!!! bukan nak hentam ye... Kalau Ada Pulak!!! peminat Pahang, tentu Ada Pulak!!! rasa syukur format diubah, dan jika Ada Pulak!!! sebelah Selangor PKNS atau Sarawak dimana kedua-dua pasukan ni berusaha bermain bersungguh-sungguh untuk dapat masuk ke Liga Super, tentu Ada Pulak!!! turut merasa geram bila format diubah secara tiba-tiba.

Aapapun majulah Bolasepak untuk Negara!!!

Hai.... Ada Pulak!!!






No comments: